Din pulang dari Zohor. Sambil membuka kopiah, dia bercerita. Dia tertidur(seperti biasa) semasa menunggu Zohor. Di dalam tidurnya itu, dia di kejutkan oleh bayangan yang sangat jelas. Bayangan seorang kaum hawa, berpipi merah gebu tersenyum kepadanya sambil menghayun-hayunkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Terkejut dia, langsung dia membaca Al-Quran. Din memberitahu aku dengan senyuman.
Manakan tidak dia tersenyum.....Bayangan itu adalah aku. Sekali lagi Wah!!!! seperti MAGIC doa aku di makbulkan dengan laju sekali. Semenjak hari itu, pipi aku bertambah merah dan Din selalu menghayun hayunkan kepalanya ke kiri dan ke kanan sambil tersenyum, mengingati bayangan di Masjid Nabawi.
Hari ini pipi aku sudah tidak merah lagi. Sunburn dah mengelupas dah.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment