setianya dia.
menanti ku menghabiskan kerja.
berjalan mengikut rentak ku.
sesekali dia terpaku.
apakan tidak, rentak ku amat laju.
tunggu ye sayang kita berdansa dulu.
majunya teknologi sekarang.
mendengar lagu sambil mengarang.
dia masih di situ, harap harap tak garang.
sesekali dia terlena
terkejut mendengar ku tergelak
membaca hasilan pena
handaian yang bijak
dah banyak tempat dia bertukar lena
di celah kaki, di atas meja
bila bosan dia pulak mula berpena.
jangan sayang, jangan...
ini lah ku punya angan angan
ku berhutang menjadikannya kenyataan
matahari dah tegak, bukan kah masa untuk tidur?
pergilah sayang sebentar lagi ku akan datang
membelai mu dengan penuh kasih sayang
selepas ku habis mengarang.
kau masih ingat bila kita bertemu?
kesian kau menumpang kasih di tempat orang.
mujur ada orang yang sudi
agaknya benda dah nak jadi.
sayang, terima kasih ucapan ku.
di masa yang lain tak peduli kan aku,
kau akan mengingatkan ku
yang kasih dari mu masih milik ku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kunta
susi? sushi ok je...
janji kita kita je...
jimat sikit berbelanja...
Here are some links that I believe will be interested
Hmm I love the idea behind this website, very unique.
»
Post a Comment