Zaman kecil dulu selalu kena paksa tolong mak buat kuih. Kadang-kadang kena bangun pukul 4 pagi.. dan kadang-kadang start lewat petang. masa tu arwah abah sihat lagi. Time time tu lah dia berseluar pendek akan jengok pokok-pokok yang dia tanamnya.
Masa zaman tu kawan baik kakak aku seorang cina yang bernama Lilac (bukan nama sebenar). Lilac tinggal di tepi cerun bukit. Walaubagaimanapun dia ni bukan seorang yang bukit. Dia stylo, tiap tiap hari dia exercise dan tiap-tiap hari juga pakaian dia adalah seluar pendek. Putih melepak kakinya. Kerana dia juga rapat dgn kami sekeluarga, dia tahu yang kami sentiasa berada di dapur.
Satu petang, arwah abah aku memanggil nama aku dengan lantangnya. Tak lama kemudian, aku ternampak Lilac muncul di pintu dapur. Aku bergegas ke arah arwah abah, bukan sebab aku ni anak yang patuh tapi sebab ingatkan boleh curi tulang. Sampai je di depan arwah abah, abah berbisik padaku “ jangan kasi Lilac tolong hari ni” Aku hairan sebab selalunya Lilac akan ringan tulang apabila sampai di rumahku. aku pun bertanya “ kenapa Bah?”
Arwah abah jawab “ dia baru lepas korek hidung”
Ye aku kecewa.... sebab hari tu we lost a pair of helping hands...
Tuesday, December 19, 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)